19.12.11

KBSR matematik tahun 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
                                                                   Sukatan Pelajaran
                                                                        MATEMATIK
                                                                               2001
                                                Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
                                             PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

PENDAHULUAN
Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang
berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan
ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam
kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah dan
berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat
keputusan dengan berkesan.
Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan
dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu,
penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke
semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan
perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju.
Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang
berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran
penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina
dari peringkat sekolah.
Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum
Matematik ini telah diolah dan disusun semula. Langkah yang diambil
ini adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan
dan kemahiran matematik kepada murid-murid yang mempunyai latar
belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan
kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu,
membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau
menangani perubahan dan cabaran masa depan. Seterusnya dapat
merealisasikan kerjaya yang cemelang untuk diri, masyarakat dan
negara.
Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas. Oleh
itu, perancangan kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang
sama kepada setiap murid bagi mendapat kemahiran dan pengetahuan
serta menghayati nilai yang diperlukan. Setiap murid diberi galakan
dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas
dengan kukuh. Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka
mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang
tertentu.

 
1
sukatan pelajaran matematik kbsr
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap
pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan
penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya
melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu
kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan
bahasa matematik.
Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang
kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok,
bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini penggunaan pelbagai
teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat,
bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat
murid. Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang
berbeza di kalangan murid. Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan
murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman
matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan
berkesan. Pembinaan kefahaman tentang konsep dan kemahiran perlu
dibentuk di peringkat awal melalui objek sebenar atau objek konkrit.
Pemahaman konsep dan kemahiran ini disusuli pula dengan latihan
secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Di samping itu latihan
mencongak yang lebih kerap dan menghafal fakta yang berkaitan
dengan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi perlu
diberi tumpuan yang sewajarnya.
Penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam
matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik. Ia merupakan kemahiran berfikir yang
menjana cetusan pemikiran yang sistematik dan logik serta boleh
dijadikan sebagai satu pendekatan. Pendekatan penyelesaian masalah
memberi penekanan terhadap perkembangan pemikiran matematik
dan keupayaan menaakul yang dilakukan melalui aktiviti yang konkrit
dan berfikrah. Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan
membolehkan murid mengaplikasikan dan mengadaptasikan berbagai
strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Kejayaan
murid dalam penyelesaian masalah bergantung kepada pengalaman,
 

2
sukatan pelajaran matematik kbsr
sikap, kepercayaan, kesediaan dan keyakinan murid. Justeru itu, semua
aktiviti penyelesaian masalah perlu berasaskan kepada persekitaran
dan pengalaman sebenar murid.
Pendidikan Matematik perlu menerapkan elemen-elemen yang boleh
membentuk individu yang seimbang dan harmonis dari segi ilmu dan
sahsiah. Nilai murni dan unsur kesepaduan seperti sains, patriotisme
dan alam sekitar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara
berterusan dan terancang. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi perlu digunakan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran matematik lebih menarik dan berkesan.
Penilaian dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan penguasaan
hasil pembelajaran serta keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
mesti mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya murid dapat
mengenal pasti tahap mereka memahami sesuatu konsep, menguasai
hasil pembelajaran, dan mengamalkan nilai matematik sepanjang
pembelajaran di sekolah rendah.

 
MATLAMAT
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah bertujuan untuk membina
pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas
mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid
mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju
serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.

 
OBJEKTIF
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah membolehkan murid:
1. mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang berkaitan dengan:
· nombor,
· operasi,
· ruang,
· ukuran,
· perwakilan data;
· darab,
· bahagi;

2. menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu:
· tambah,
· tolak,

3. menguasai kemahiran operasi bergabung;
4. menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
· membuat anggaran dan penghampiran,
· mengukur,
· mengendali data,
· mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta;
5. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian;
6. menggunakan laras bahasa matematik yang betul;
7. menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah;
8. mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti;
9. mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik; dan
10. menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

 
ORGANISASI KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran ini menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai
oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah
mengikut empat bidang pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran,
Bentuk dan Ruang dan Statistik.
Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang
paling asas kepada yang abstrak. Dengan ini guru akan dapat melihat
perkembangan dan skop setiap tajuk dengan mudah dan memberi
keluwesan kepada guru untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap keupayaan pelajar. Aspek penyelesaian
masalah dan komunikasi diintegrasikan dalam setiap topik.


Kandungan
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang kepentingan setiap
bidang pembelajaran.
1. NOMBOR
Nombor merupakan satu bidang asas pembelajaran yang penting dan
perlu dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah.
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini perlu diberi
penekanan sebelum murid dapat meneruskan pembelajaran dalam
bidang-bidang lain. Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajari oleh
murid ialah nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang dan peratus
diperincikan seperti berikut:
1.1 Nombor Bulat
a. Perbandingan kuantiti.
i. Kumpulan banyak atau kumpulan sedikit.
ii. Kumpulan sama banyak atau kumpulan tidak sama banyak.
iii. Kumpulan lebih atau kumpulan kurang.
b. Nombor bulat hingga tujuh digit.
c. Penganggaran dan pembundaran.
d. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan nombor bulat.
e. Gabungan dua operasi termasuk tanda kurung.
1.2 Pecahan
a. Pengenalan pecahan.
b. Pecahan Wajar.
c. Pecahan Setara.
d. Pecahan Tak Wajar.
e. Nombor Bercampur.
f. Perbandingan nilai pecahan.
g. Operasi tambah dan tolak melibatkan pecahan.
h. Operasi darab pecahan dengan nombor bulat.
i. Gabungan dua operasi tambah dan tolak melibatkan pecahan.

1.3 Perpuluhan
a. Pengenalan perpuluhan.
b. Penukaran pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.
c. Perbandingan nombor hingga tiga tempat perpuluhan.
d. Operasi tambah dan tolak melibatkan perpuluhan.
e. Operasi darab dan bahagi perpuluhan dengan nombor bulat.
f. Gabungan dua operasi tambah dan tolak melibatkan perpuluhan.
1.4 Wang
a. Pengenalan mata wang.
b. Penentuan nilai wang.
c. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan wang.
d. Gabungan dua operasi tambah dan tolak melibatkan wang.
1.5 Peratus
a. Pengenalan peratus.
b. Penukaran pecahan dan nombor perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya.
c. Penentuan nilai peratus.
d. Penggunaan peratus.
2. UKURAN
Ukuran merupakan satu bidang yang penting dalam kehidupan
seharian. Pengetahuan tentang ukuran dapat membantu murid
mengendalikan aktiviti harian. Skop bidang pembelajaran ini
merangkumi masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan dan
isipadu cecair.
2.1 Masa dan Waktu
a. Pengenalan masa dan waktu.
b. Pernyataan waktu termasuk sistem 12 jam dan 24 jam.
c. Penentuan tempoh masa.
d. Operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi melibatkan masa dan waktu.
2.2 Panjang
a. Pengenalan unit panjang.
b. Pengukuran dan penganggaran.
c. Penukaran unit panjang.
d. Operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi melibatkan panjang.
2.3 Timbangan Berat
a. Pengenalan unit timbangan berat.
b. Penimbangan dan penganggaran.
c. Penukaran unit timbangan berat.
d. Operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi melibatkan timbangan berat.
2.4 Isipadu Cecair
a. Pengenalan unit isipadu cecair.
b. Penyukatan dan penganggaran.
c. Penukaran unit isipadu cecair.
d. Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan isipadu cecair.
3. BENTUK DAN RUANG
Bidang pembelajaran ini menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran
yang berkaitan dengan bentuk dan ruang yang berguna dalam
kehidupan harian. Pemahaman tentang bentuk dan ruang boleh
memupuk sikap dan nilai dalam diri murid supaya menghayati
keindahan alam sekitar. Skop bidang pembelajaran ini diperincikan
seperti berikut:

3.1 Bentuk Dua Matra.
a. Jenis bentuk dua matra: Segiempat tepat, segiempat
sama, segitiga sama kaki, segitiga sama sisi, segitiga
bersudut tegak dan bulatan.
b. Ciri-ciri bentuk dua matra.

c. Lukisan bentuk dua matra.
d. Perimeter segiempat dan segitiga.
e. Luas segiempat tepat, segiempat sama, segitiga sama kaki, segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak.
3.2 Bentuk Tiga Matra
a. Jenis bentuk tiga matra: kubus, kuboid, piramid, tapak segiempat sama, piramid tapak segiempat tepat, piramid tapak segitiga sama sisi, prisma, sfera, silinder dan kon.
b. Ciri-ciri bentuk tiga matra.
c. Lukisan bentuk tiga matra.
d. Isipadu kubus dan kuboid.
4. STATISTIK
Statistik merupakan satu bidang pembelajaran yang melatih murid
memungut, menganalisis dan membuat kesimpulan daripada data.
Skop bidang pembelajaran ini merangkumi purata dan perwakilan data.
4.1 Purata
a. Pengenalan purata.
b. Pengiraan purata.
4.2 Perwakilan Data
a. Pungutan data.
b. Piktograf dan carta palang.
c. Maklumat daripada piktograf dan carta palang.
d. Pembinaan piktograf dan carta palang.

No comments:

Post a Comment